Video: Senaman Seksi Dapat Perhatian Meluas

Senaman suatu aktiviti yang penting untuk memastikan tahap kesihatan khusus jantung sentiasa sihat.

 

Bagi warga kota, sibuk bekerja sering dijadikan alasan untuk tidak melakukan senaman walaupun pada hujung minggu hanya mengambil kesempaatan berehat di rumah.

 

 

Mungkin satu cara senaman unik yang dianggap seksi diperkenalkan satu pasangan ini boleh membuatkan anda bersama pasangan teruja untuk melakukan senaman bersama.

 

Merujuk pada satu video yang dimuat naik di YouTube pada tahun lalu, cara senaman unik ini mendapat tontonan 2 juta pengunjung laman sosial berkenaan dan juga dikongsi DJ Morphius menerusi laman Facebooknya yang ditonton 18 juta pengunjung.

 

Video yang dikenali ‘Pasangan Calisthenics’ dipercayai dirakam di Taman Cabrini, New York membawa mesej memberi motivasi kepada pasangan di seluruh dunia untuk turut sama melakukan senaman bersama pasangan masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.