Video: Gadis India Dibelasah, Viral

Kuala Lumpur – Entah apa silapnya, seorang gadis dipukul tanpa belas kasihan oleh seorang lelaki menggunakan objek seperti kayu dalam satu rakaman video yang tersebar di laman Facebook.

 

Gadis dipercayai berbangsa India itu dipukul beberapa kali oleh seorang lelaki meskipun merayu supaya dia tidak diperlakukan sedemikian.

 

 

Video berdurasi 34 saat itu telah dimuatnaik di laman Facebook Malaysian Crime Watch Task Force dengan status yang bertulis `mohon Polis Diraja Malaysia siasat video ini dan segera ambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.

 

Bagaimanapun, motif gadis itu dipukul serta lokasi kejadian tidak diketahui setakat ini.

 

Rata-rata pengguna internet memberikan komen meminta agar pihak berkuasa segera menjalankan siasatan terhadap perkara itu yang dipercayai berlaku di negara ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.