Tuntutan RM1 Juta Awie Terhadap Isteri Gagal

Hasrat penyanyi Awie untuk menuntut RM1 juta daripada isterinya, Rozana Misbun gagal apabila permohonannya untuk mengenepikan perintah interim hadhanah secara ex-parte terhadap tiga anak mereka ditolak oleh Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan di sini pada Isnin.

 

Memetik laporan mStar online, Awie bukan sahaja gagal mendapat wang berkenaan malah keinginannya untuk mendapatkan semula hak jagaan sementara ketiga-tiga anak itu yang diperoleh Rozana sebelum ini turut gagal.

 

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47, selaku pemohon dalam tuntutannya mahu pihak responden iaitu Rozana menanggung kos atau membayar ganti rugi kepadanya berdasarkan dakwaan fakta-fakta tidak benar dalam tuntutan balas berhubung hak penjagaan anak-anak mereka.

 

Keputusan mengekalkan hak penjagaan sementara kepada Rozana dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah di sini iaitu Muhammad Fathi Saleh.

 

Terdahulu, Rozana, 36, mendapat hak penjagaan sementara anak-anak mereka pada 27 Januari lalu sebelum Awie memfailkan interlokutori untuk mengenepikan perintah ex-parte pada 12 Februari lalu.

 

Anak-anak berkenaan adalah Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.