Tujuh Maut Pesawat Terhempas Di Padang Golf

SEBUAH pesawat terhempas di padang golf di Republik Dominican pada Isnin mengakibatkan tujuh maut termasuk dua pelancong warga Britain.

 

Portal Mirror melaporkan pesawat kecil itu terhempas sejurus berlepas dari resort di Bavaro, di timur negara itu.

 

Juruterbang dikatakan cuba untuk membuat pendaratan cemas di padang golf dekat lapangan terbang namun pesawat itu terhempas sebelum terbakar.

 

Polis berkata, empat penumpang merupakan pelancong dari Sepanyol dan dua daripadanya adalah warga Britain.

 

Juruterbang merupakan warga Republik Dominican.

 

Pihak berkuasa penerbangan awam sedang menyiasat punca nahas. – MIRROR/Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.