Rasuah: PM Korea Selatan Letak Jawatan

Seoul (Korea Selatan) – Perdana Menteri Korea Selatan, Lee Wan-Koo dilaporkan menyerahkan surat peletakan jawatan kerana didesak selepas terbabit dalam sebuah skandal rasuah.

 

Menurut laporan BBC, Presiden, Geun-Hye bagaimanapun belum pasti akan menerima peletakan jawatan tersebut.

 

Geun-Hye telah memberi arahan supaya siasatan rapi dijalankan berkenaan skandal rasuah berkenaan.

 

Terdahulu, Wan-Koo menafikan dirinya menerima 30 juta won (RM101,057.91) sebagai dana haram kempen pada 2013.

 

Di bawah undang-undang Korea Selatan, ahli politik dilarang menerima lebih dari 100,00 won (RM337.02) sebagai sumbangan.

 

Skandal rasuah berkenaan mendapat perhatian selepas ahli perniagaan, Sung Wan-Jong dijumpai mati dan disyaki membunuh diri, awal bulan ini.

 

Wan-Jong ketika itu sedang disiasat oleh pihak berkuasa kerana menggelapkan duit syarikat untuk memberi rasuah kepada ahli politik.

 

Penyiasat ketika itu menemui sekeping kertas dalam poket seluar Wan-Jong yang mengandungi satu senarai nama, termasuk nama perdana menteri dan jumlah wang yang dikatakan dibayar kepada penerima.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!