Polis Tahan Ibu Muda Pukul Bayi Sendiri

IPOH – Polis menahan seorang wanita dipercayai memukul seorang kanak-kanak, berikutan penyebaran video yang menjadi viral di laman sosial sejak beberapa hari lepas.

 

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata ekoran penyebaran video tersebut, pihaknya menyiasat dan mengenal pasti suspek terbabit.

 

Beliau berkata wanita berusia 17 tahun yang merupakan ibu kepada mangsa ditahan di Ipoh, pada Isnin.

 

“Laporan polis telah dibuat pada 19 April lepas oleh seorang wanita iaitu saudara kepada mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Beliau berkata kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya.

 

Sum berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

 

Rakaman video berdurasi 48 saat itu memaparkan seorang wanita bertindak memukul dada dan muka kanak-kanak berkenaan bertubi-tubi untuk menyuruhnya berhenti menangis. – Awani

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.