Perayaan Kemahkotaan Sultan Johor Berakhir Hari Ini

JOHOR BAHRU – Perayaan Kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berakhir hari ini selepas sempurnanya Istiadat Menurunkan Bendera Istiadat di Istana Besar, pagi tadi.

 

Istiadat dimulakan dengan bacaan doa oleh Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Shamsudin sejurus selepas Datuk Penghulu Istiadat, Datuk Abdul Latiff Yusoff membuat pengisytiharan memulakan majlis.

 

Bendera kemudian diturunkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor dan diserahkan kepada Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli.

 

Turut hadir Pengerusi Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut, barisan exco kerajaan negeri dan ketua jabatan kerajaan.

 

Bendera itu mula dinaikkan pada Istiadat Meletak Kerja yang berlangsung 16 Mac lalu sebagai simbolik bermulanya Istiadat Kemahkotaan di Tugu Peringatan Istana Besar. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.