Marahkan Suami Punca Ibu Muda Dera Bayi

IPOH – Masalah perselisihan faham dengan suami dipercayai menjadi punca suspek memukul anaknya dan merakam menggunakan telefon bimbit sebelum video kejadian menjadi viral di laman sosial.

 

Pemangku Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati suspek yang berusia 17 tahun dan juga ibu kandung mangsa dipercayai mengalami masalah tekanan perasaan dan dalam proses perceraian dengan suaminya yang berusia 18 tahun.

 

“Kanak-kanak yang dipukul terbabit adalah bayi perempuan berusia lima bulan dan anak tunggal pasangan muda berkenaan.

 

“Setakat ini, tiada kecederaan terhadap bayi berkenaan, namun kita masih menunggu laporan perubatan mangsa dan buat masa ini mangsa diserahkan kepada ibu dan neneknya untuk dijaga tetapi melalui pemantauan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ” katanya selepas menghadiri Program Derma Darah Sempena Hari Polis Ke 208 Peringkat Kontinjen Perak, di sini hari ini.

 

Menurutnya, suspek juga sudah dibebaskan dengan jaminan polis semalam selepas keterangannya dirakamkan. – HMetro

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.