Maher Zain Tersenarai Sebagai Arab Paling Berpengaruh

Mempunyai seramai 23.5 juta pengikut di laman sosial Facebook, tiada yang mempertikaikan populariti Maher Zain sebagai pemuzik dan penghibur Islam seantero dunia.

 

Sekaligus penyanyi berusia 33 tahun ini disenarai sebagai Arab Paling Berpengaruh oleh laman sesawang arabian business.com.

 

Maher menduduki tangga ke 10 daripada 100 orang Arab bawah 40 tahun (100 Most Powerful Arabs Under 40).

 

Mengimbas latar kejayaannya, dalam masa hanya 6 tahun sejak dia melancarkan album pertamanya, penyanyi yang memperjuangkan genre R & B ini telah berjaya mengumpulkan pengikut dari Marooco sehingga ke Malaysia.

 

Bermula dengan mengikut keluarganya berhijrah ke Sweden ketika usianya 8 tahun, Maher terjun ke industri muzik apabila bekerjasama penerbit yang pernah meraih Grammy, Redone yang mana pernah menghasilkan karya penghibur antarabangsa seperti Lady Gaga, Nicki Minaj dan Jennifer Lopez.

 

Namun, pada tahun 2009 Maher kembali ke akar umbi Islam dan memberi tumpuan kepada penulisan dan meyanyi lagu berentak R & B kontemporari tersendiri dengan pengaruh Islam yang kuat.

 

Album pertamanya, Thank You Allah (Terima Kasih Allah) dilancarkan pada 1 November 2009, terbitan Awakening Records.

 

Ia menjadi album terlaris di Malaysia pada tahun 2010 dan meraih pelbagai anugerah di Malaysia juga di Indonesia, sekaligus merupakan pengiktirafan terbesar buat penyanyi berasal dari Lebanon ini.

 

Album keduanya, Forgive dilancarkan pada April 2012, juga meraih pelbagai anugerah di Malaysia.

 

Seterusnya Maher menyanyi lagu bukan saja dalam bahasa Inggeris tetapi juga merakamkannya dalam bahasa Perancis, Arab, Turki, Melayu dan Indonesia.

 

Beliau juga merupakan duta UNHCR iaitu Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

 

Sekitar tahun lalu, Maher juga melawat kem pelarian Syria di Lubnan dan mengadakan konsert di sana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.