Jam Tangan Emas Beyonce Jadi Dambaan Ramai

Penggila gadget jenama Apple tentu makan hati dengan penyanyi antarabangsa, Beyonce yang baru-baru ini berkongsi keterujaannya apabila memakai seutas jam tangan eksklusif berwarna keemasan.

 

Menerusi laman web miliknya, pelantun lagu Who Run The World ini memuat naik gambarnya memakai jam tersebut dengan kapsyen, “Best thing I never had”.

 

Apa yang menjadi bualan ramai kerana edisi jam yang digayakan bintang berusia 33 tahun ini tidak dijual untuk orang ramai.

 

Selain Beyonce, pereka fesyen dan pengarah kreatif jenama Chanel, Karl Lagerfeld, 81, juga dilaporkan pernah dilihat memakai jam yang sama, pada minggu lalu.

 

Direka dalam tiga pilihan, jam dambaan ramai ini mempunyai keistimewaan yang mana memudahkan pemiliknya menyemak email, mendengar lagu dan membuat panggilan menerusi telefon bimbit, iPhone.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.