Hafiz Hamidun Ditempelak Akibat Demo Turunkan Salib

Nampaknya isu simbol salib di sebuah gereja yang terletak di Taman Medan yang mencetuskan kontroversi sejak beberapa hari lalu masih hangat diperkatakan.

 

Selepas selebriti, Wardina Safiyyah menyatakan rasa tidak bersetuju terhadap gesaan sesetengah pihak agar lambang penganut agama Kristian itu diturunkan, terbaharu penyanyi yang dikenali menerusi lagu-lagu berunsur dakwah, Hafiz Hamidun turut meluahkan pandangannya sendiri.

 

Menerusi kemas kini terbaharu Hafiz di akaun sosial Facebook miliknya, dia menulis kenyataan kesal dan tidak bersetuju terhadap cara sesetengah pihak yang berkeras mahu salib itu diturunkan.

 

 

“Kenapa perlu berdemo angkat sepanduk turunkan salib? Sorry. Islam tak ajar cara begini pun. Maaf, adab orang Melayu pun tak begini,” tulisnya.

 

Kenyataan Hafiz yang mendapat lebih 10,000 likes itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya.

 

Rata-rata ramai yang bersetuju dengan pandangan pelantun lagu Kasih Padamu ini.

 

Namun, ada pengikut berpendapat kurang setuju dengan kenyataan tersebut dengan meminta selebriti itu membuat kajian motif di sebalik simbol salib yang dipasang di gereja tersebut kerana mendakwa ia adalah agenda untuk memurtadkan orang Islam di taman tersebut.

 

hafiz hamidun 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.