Ekonomi Malaysia Dijangka Berkembang 4.5 Hingga 5.5 Peratus – PM

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia dijangka berkembang antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus pada tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin.

 

“Kadar pertumbuhan berkenaan akan menjadikan Malaysia antara 20 negara yang berkembang pesat di dunia.

 

“Sejak bertahun, dengan kestabilan politik dan asas yang kukuh, ekonomi Malaysia berada pada landasan pertumbuhan yang teguh dan mampan,” kata beliau dalam laman rasmi Facebook beliau.

 

Ekonomi Malaysia berkembang enam peratus tahun lepas dengan sektor perkhidmatan menguasai 55 peratus daripada ekonomi negara manakala sektor pembuatan menyumbang 25 peratus.

 

Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan gabungan sebanyak enam peratus kepada RM835 bilion tahun lepas berbanding RM630 bilion pada 2009. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.