Dua Lelaki Mengamuk Di KLCC Ditahan Polis

Kuala Lumpur – Gara-gara tidak puas hati dengan perkhidmatan syarikat telekomunikasi, dua lelaki ditahan di Menara Maxis berdekatan Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Jalan Ampang, tengah hari tadi.

 

Dalam kejadian kira-kira jam 12.06 tengah hari itu, dua suspek ditahan selepas menyimbah cat kuning di hadapan kaunter kerana gagal mendapatkan nombor telefon VIP.

 

Difahamkan, ketika kejadian kira-kira 30 pelanggan berada di dalam kedai tersebut dan keadaan menjadi panik dengan kejadian itu.

 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Zainuddin Ahmad berkata, dua lelaki berusia 45 dan 57 tahun itu datang ke cawangan Maxis di KLCC Sabtu lalu untuk membeli 10 nombor telefon VIP.

 

Menurutnya, kedua-dua suspek yang bekerja sebagai peniaga kereta terpakai itu tidak berpuas hati kerana hanya dapat membeli dua nombor telefon VIP.

 

“Kedua-dua suspek mengugut wakil pusat telekomunikasi akan membuat kacau pada hari ini sekiranya mereka gagal mendapat nombor telefon selebihnya.

 

“Kedua-dua suspek mengamuk selepas permintaan mereka tidak dilayan dan menyimbah cat kuning di ruang legar kaunter perkhidmatan,” katanya.

 

Zainuddin berkata, suspek turut memangggil lebih kurang 10 rakannya untuk membuat bising sebelum polis sampai.

 

Difahamkan, polis terpaksa menggunakan senjata renjatan elekterik atau ‘taser gun’ untuk menenangkan suspek yang mengamuk.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

 

mengamuk klcc 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.