Asus Perkenal Zenfone 2, Zenpower

Jakarta – ASUS melancarkan peranti terbarunya, Zenfone 2 yang menjadi satu-satunya telefon dengan RAM sebanyak 4GB di Asia.

 

Ia bakal memasuki pasaran Malaysia pada 9 Mei nanti dengan pilihan skrin IPS HD penuh 5.5 inci dan kamera PixelMaster 13MP. Lebih hebat lagi, ia dikuasakan CPU Intel Atom 64 bit berkelajuan 2.3GHz dan dipadankan dengan RAM sebanyak 4GB.

 

ASUS Zenfone menjadi salah satu model telefon pintar ASUS yang paling berjaya untuk ASUS dengan lebih lapan juta unit terjual pada tahun lalu malah kali ini ASUS turut menaik taraf antaramuka ZenUI keluarannya yang kini dilengkapi sistem keselamatan Trend Micro.

 

Skrin pada Zenfone 2 sebesar 5.5 inci, kali ini beresolusi HD penuh 1920 x 1080 piksel menggunakan paparan IPS dan gelas paparan Corning Gorilla Glass 3 yang tahan lasak di samping ruang skrin ke badan hanya 3.3mm sekali gus menjadikan keluasan skrin sebanyak 72 peratus meliputi badan Zenfone 2.

 

Harganya masih menjadi teka-teki tetapi ia dijangka dijual di bawah RM1,000.

 

Selain telefon pintar, ASUS turut melancarkan ‘powerbank’, ZenPower yang berkapasiti 10,000mAh yang hanya sebesar kad kredit.

 

Ia didatangkan dengan lima warna termasuk hitam, emas, merah, biru dan kelabu dengan bateri jenis ion lithium.

 

Model terbabit mempunyai berat 215 gram dengan tahap kenipisan 22mm.

 

Tempoh mengecas powerbank ini hanya 5.5 jam sebelum penggunaan yang sesuai untuk mana-mana peranti mudah alih dengan port USB.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.