Alvin Tan Persenda Laungan Azan Undang Kecaman

Kuala Lumpur – Blogger video lucah, Alvin Tan sekali lagi seperti sengaja mencetuskan kemarahan umat Islam apabila memuat naik video dirinya sedang melaungkan azan sambil bermain muzik.

 

Tindakan biadap itu dipuji ramai pengikutnya di Facebook di masa yang sama mengundang kritikan dan amarah dari pengguna FB lain yang beragama Islam.

 

“Kat luar negara bolehlah buat… (cuba) datang buat begitu dalam negara Malaysia,” komen seorang pelayar internet yang dikenali sebagai Roslan.

 

Pelayar lain pula menganggap tindakan Alvin sebenarnya cuba menarik perhatian umum dengan melakukan perkara sedemikian.

 

“Mamat ni lapar belaian. Nak orang respon, jangan layan,” tulis seorang individu yang hanya dikenali dengan nama pena hiddenblade.

 

Sebelum ini Alvin dan bekas kekasihnya, Vivian Lee dikecam ramai apabila memuat naik gambar yang diselitkan ucapan ‘Selamat Berbuka Puasa dengan Bak Kut Teh’, sejenis sup tulang babi kegemaran orang Cina.

 

Berikutan kontroversi itu dan bimbang dirinya dikenakan tindakan undang-undang, Alvin kemudian melarikan diri ke Amerika Syarikat dengan bantuan NGO pro pembangkang dan cuba mendapatkan suaka politik di sana.

 

Tinjauan SuaraTV di beberapa portal dan blog selain mendapati kebanyakan komen mengecam perbuatan Alvin itu namun terdapat juga sebilangan pelayar internet yang secara sinis mengharapkan blogger tersebut diberikan hidayah.

 

“Insya Allah dapat hidayah.. Azan dah boleh hafal sikit-sikit,” tulis Mat Ariff.

 

2 thoughts on “Alvin Tan Persenda Laungan Azan Undang Kecaman

  • April 24, 2015 at 11:15 am
    Permalink

    Semoga laungan Azan di hari Jumaaat penghulu hari yang mulia ini….dengan berkat doa umat islam sedunia ..mohon Allah beri balasan kepada Alvin babi Tan….mati lah kau babi Tan hari ini…..Amin..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.