Tolak parti politik tanah Melayu, cubaan tukar landskap politik Sarawak – Soon Koh

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Kanan Parti Demokratik Progresif Datuk Seri Wong Soon Koh menggesa rakyat Sarawak menolak parti politik yang berpangkalan di Malaysia Barat pada PRN akan datang dan beri sokongan penuh kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Bekas menteri kewangan negeri II itu berkata Sarawak menghadapi detik penentuan pada ketika ini, mendakwa kuasa politik luar berusaha untuk mengembangkan pengaruh di negeri Borneo itu.

Sambil merujuk kepada perbincangan antara Petronas dan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) yang sedang berjalan serta perbincangan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Wong berkata kekuatan Sarawak bergantung pada perpaduan.

Beliau memuji Premier Tan Sri Abang Johari Openg sebagai seorang pemimpin yang berani dan berdaya tahan, sambil merujuk kepada usaha pengerusi GPS itu mendapatkan semula hak Sarawak yang termaktub dalam MA63.

“Namun, cabaran baharu menanti. Parti politik Tanah Melayu sedang membuat langkah strategik untuk bertapak di Sarawak.

“Ini bukan semata-mata mengenai melebarkan sayap, ia percubaan untuk menukar landskap politik kita, yang berpotensi membawa ketidakstabilan dan ketidaktentuan kepada negeri kita. Kita tidak boleh membiarkan ini berlaku,” lapor FMT.

Adun Bawang Assan tujuh penggal itu mengulangi bahawa adalah penting untuk memastikan negeri itu kekal di tangan rakyat Sarawak. Beliau berkata perpecahan hanya akan melemahkan kedudukan Sarawak.

Itulah sebabnya parti-parti Malaysia Barat mesti ditolak pada PRN akan datang, katanya.

Tempoh DUN Sarawak tamat lima tahun selepas tarikh persidangan pertama. Ini bermakna PRN akan datang mesti diadakan selewat-lewatnya pada 15 April 2027.

GPS menguasai 80 daripada 82 kerusi DUN Sarawak, manakala DAP memegang bakinya.

Pakatan Harapan Sarawak telah menyuarakan hasrat untuk bertanding menentang GPS pada PRN akan datang.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat