KUALA LUMPUR, 21 Mac 2025 – Hari Raya bakal menjelang tiba dan ramai sudah tidak sabar meraikan lebaran bersama ahli keluarga dan sahabat handai. Bagi menyemarakkan lagi sambutan ini, HONOR Malaysia mengumumkan jualan HONOR Raya Sale yang akan bermula pada 24 Mac, jam 8 malam sehingga 27 Mac 2025 di kedai rasmi HONOR menerusi laman sesawang HONOR Malaysia, Shopee, Lazada dan TikTok Shop.
Semasa promosi masa terhad ni, pelanggan boleh menikmati penjimatan besar dengan diskaun sehingga RM1,100 untuk telefon pintar, tablet, dan komputer riba HONOR yang terpilih. Setiap pembelian datang dengan hadiah percuma menarik bernilai sehingga RM1,446. Sebagai bonus tanbahan, pelanggan yang berbelanja RM1,500 ke atas akan menerima cerek HONOR Thermal Insulation Kettle bernilai RM129 secara PERCUMA, sementara stok ada, eksklusif semasa tempoh promosi ini. HONOR Raya Sale adalah peluang terbaik untuk menghadiahkan peranti baharu kepada insan tersayang dan diri sendiri pada musim perayaan ini.
Berikut senarai peranti pada harga diskaun dan hadiah percuma sempena HONOR Raya Sale.
Produk | Harga Runcit (RM) | Selepas Diskaun | Hadiah Percuma |
HONOR Magic V3 | 6,999 | 5,999 | Perlindungan Skrin 365 Hari HONOR |
HONOR Magic7 Pro (512GB) | 4,599 | – | Pemegang Pengecas Tanpa Wayar HONOR SuperCharge, Penggantian Satu Sama Satu 180 Hari, Lanjutan Jaminan 1+1 Tahun dan sarung PU HONOR Magic7 Pro |
HONOR Magic7 Pro (1TB) | 5,199 | – | Pemegang Pengecas Tanpa Wayar HONOR SuperCharge, Penggantian Satu Sama Satu 180 Hari, Lanjutan Jaminan 1+1 Tahun dan sarung PU HONOR Magic7 Pro |
HONOR Magic6 Pro | 4,499 | 3,399 | HONOR Earbuds X6, Lanjutan Jaminan 1+1 Tahun, Penggantian Retak Depan dan Belakang 365 Hari |
HONOR 200 Pro | 2,699 | 2,299 | HONOR Earbuds X6, Penggantian Retak Depan dan Belakang 365 Hari dan Cawan Kopi HONOR Talents |
HONOR 200 5G (512GB) | 2,199 | 1,599 | Penggantian Retak Depan dan Belakang 365 Hari dan Cawan Kopi HONOR Talents |
HONOR 200 5G (256GB) | 1,899 | 1,599 | HONOR Earbuds X6, Penggantian Retak Depan dan Belakang 365 Hari dan Cawan Kopi HONOR Talents |
HONOR X9c 5G (256GB) | 1,499 | 1,299 | HONOR Choice Earbuds X7e, Penggantian Retak Depan dan Belakang 365 Hari, Jaminan Bateri 36 Bulan dan Beg Kanvas HONOR Talents |
HONOR X9c 5G Smart (256GB) | 1,099 | 899 | Pemegang Telefon |
HONOR X6b 4G | 599 | 499 | – |
HONOR MagicBook Art 14 | 5,999 | 5,499 | Beg Galas HONOR, Microsoft Office Siap Pra-pemasangan dan Lanjutan Jaminan 1+2 Tahun |
HONOR Pad 2 | 2,799 | 2,599 | HONOR Magic-Pencil 3 dan HONOR MagicPad 2 Smart Bluetooth Keyboard |
HONOR Pad 9 5G | 1,799 | 1,599 | HONOR Pad 9 Smart Bluetooth Keyboard dan HONOR CHOICE Pencil |
HONOR Pad 9 WiFi | 1,499 | 1,299 | HONOR Pad 9 Smart Bluetooth Keyboard dan HONOR CHOICE Pencil |
HONOR Pad X9 (128GB) | 1,099 | 799 | HONOR Pad X9 Smart Bluetooth Keyboard |
HONOR Pad X9 (256GB) | 1,199 | 999 | HONOR Pad X9 Smart Bluetooth Keyboard |
HONOR Pad X8a (128GB) | 799 | 699 | Sarung Flip |
HONOR Magic V3 – Telefon Boleh Lipat Dikuasakan AI yang Nipis Kini Hanya RM5,999!
Jika anda berhasrat untuk memiliki HONOR Magic V3 sejak beberapa ketika, inilah masanya untuk mendapatkan telefon boleh lipat yang nipis dan ringan ini pada hanya RM5,999, dengan penjimatan besar RM1,000! Reka bentuknya yang amat nipis dan tahan lasak memberikan rasa seperti memegang telefon flagship bar. Saiz skrin HONOR Magic V3 seperti tablet melancarkan multitugas dan meningkatkan produktiviti. Dengan sistem operasi MagicOS 9 baharu, HONOR Magic V3 memiliki ciri-ciri AI seperti Face To Face Translation, AI Eraser, HONOR Notes dan Magic Portal. Peranti ini juga mempunyai Bateri Karbon Silikon Generasi Ketiga 5,150mAh yang besar, disokong oleh pengecasan HONOR SuperCharge berwayar 66W dan tanpa wayar 50W. HONOR Magic V3 tersedia dalam tiga warna menarik iaitu Mossy Green, Silk Brown dan Classic Black.
Siri HONOR 200 – Tangkap Gambar Potret Berkualiti Studio dan Saat-saat Indah Pada Hari Raya
Bagi mereka yang mencari telefon pintar yang berupaya menghasilkan gambar potret berkualiti bertaraf studio untuk merakam saat-saat indah bersama keluarga dan rakan-rakan, Siri HONOR 200 adalah pilihan terbaik! Dengan diskaun sebanyak 14%, anda boleh memiliki HONOR 200 Pro pada harga RM2,299 berbanding harga asal iaitu RM2,699. Anda juga boleh mendapatkan HONOR 200 pada harga RM1,599 selepas diskaun 27% daripada harga asal RM2,199.
Siri HONOR 200 memiliki AI Portrait Engine berkuasa untuk menangkap gambar potret berkualiti studio menerusi mod potret di Studio Harcourt. Kedua-dua peranti ini menampilkan sistem kamera berkuasa yang terdiri daripada Kamera Utama 50MP, Kamera Telefoto 50MP dengan pengesan Sony IMX586 serta Kamera Ultra-lebar 12MP dan Kamera Makro. Bagi memastikan gambar yang diambil jelas dalam semua situasi, Siri HONOR 200 juga dilengkapi dengan sistem anti-gegaran Dual OIS (OIS+EIS). HONOR 200 Pro tersedia dalam warna Ocean Cyan dan Moonlight White. Manakala HONOR 200 didatangi dalam tiga warna menarik iaitu Coral Pink, Moonlight White dan Hitam.
Cepat tandakan tarikh HONOR Raya Sale sekarang! Pastikan anda tidak ketinggalan untuk merebut tawaran hebat dan hadiah percuma menarik semasa HONOR Raya Sale. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.honor.com/my/