Lamar Kekasih Depan Kaabah, Wartawan Dikecam

Gara-gara melamar kekasihnya di hadapan Kaabah, seorang wartawan penyiaran TV Turki, TRT Channel, Yusuf Akion telah dikritik netizen kerana aksinya itu dilihat sebagai tidak menghargai kiblat umat Islam.

Ini kerana mereka yang berada di kawasan Kaabah ataupun Masjidil Haram mahu melakukan ibadah dan melupakan urusan duniawi.

Dalam klip video itu, Yusuf telah melutut sambil menghulurkan cincin kepada kekasihnya namun selepas menerima kecaman, klip video terbabit telahpun dipadam.

Yusuf sebelum ini berbuat demikian kerana ia merupakan permintaan daripada kekasihnya sejak 2012 lagi. Jika Yusuf tidak melamarnya di depan Kaabah, dia enggan berkahwin dengan lelaki itu.

“Saya di sini, di depan Kaabah.Berbekal doa dan restu ibu. Saya sedikit malu tapi saya telah melakukan sesuatu yang baik,” kata Yusuf kepada Saudigazette.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.