Harga Minyak Mentah Dunia Jatuh Lagi

SINGAPURA – Harga minyak mentah jatuh untuk sesi kedua hari ini, terus berada di bawah paras tingginya bagi 2016 berikutan kebimbangan lebihan bekalan global.

 

Ia susulan jumlah pelantar minyak Amerika Syarikat (AS) meningkat buat pertama kali sejak Disember.

 

Firma tenaga AS pada minggu lalu melaporkan peningkatan satu jumlah pelantar selepas dua minggu mencatatkan pengurangan, demikian mengikut perangkaan oleh firma industri, Baker Hughes.

 

Di samping itu, selepas pelantar minyak jatuh dua pertiga beberapa tahun lalu ke paras rendah dalam 2009, menunjukkan kejatuhan dalam penggerudian minyak mentah kembali stabil selepas harga mencatatkan rali 50 peratus sejak Februari.

 

Minyak mentah AS jatuh AS$0.40 atau satu peratus kepada AS$39.04 setong pada 0001 GMT.

 

Pada Jumaat lalu, harga komoditi itu meningkat kepada AS$41.20 setong, paras tingginya sejak awal Disember, sebelum jatuh hampir dua peratus untuk ditutup pada paras AS$39.44.

 

Lebih dua bulan, harga minyak mentah mencatatkan rali selepas Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mencadangkan pembekuan pengeluaran pada paras yang dicatatkan pada Januari.

 

Kontrak semasa minyak mentah Brent jatuh AS$0.12 kepada AS$41.08. Ia mencecah paras tinggi AS$42.54 setong pada sesi terakhir.

 

Peningkatan harga minyak mentah pada bulan lalu dilihat menstabilkan jumlah pelantar dalam sektor syal AS,” kata ANZ dalam nota kepada pelanggannya.

 

“Selepas jatuh enam bulan berturut-turut, perangkaan Baker Hughes menunjukkan jumlah pelantar AS meningkat satu pelantar kepada 387.” katanya.

 

Lebihan bekalan global minyak memberi tekanan kejatuhan terhadap harga minyak mentah daripada paras tinggi yang dicatatkan pada pertengahan 2014 melepasi paras AS$100 setong kepada paras rendah dalam tempoh 12 tahun awal tahun ini, dengan Brent jatuh ke sekitar AS$27 dan minyak mentah AS sekitar AS$26.

 

Gabungan kejatuhan pengeluaran, peningkatan kecil stok simpanan dan peningkatan penggunaan gasolin di AS juga membantu pemulihan, meskipun sesetengah penganalisis berkata rali sudah berlebihan.

 

Harga purata segelen gasolin di AS meningkat hampir AS$0.25 dalam tempoh empat minggu lalu, demikian mengikut kaji selidik yang dikeluarkan pada Ahad. Pengurus wang menjangkakan harga minyak mentah AS akan meningkat ke paras tinggi dalam tempoh lima bulan, demikian mengikut perangkaan pada Jumaat lalu. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.