SPAD Perlu Ambil Kira Kemampuan Rakyat

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) perlu mengambil kira semua aspek kemampuan rakyat dalam meluluskan kenaikan mendadak harga tambang perkhidmatan bas ekspres, teksi dan kereta api.

 

Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan Semenanjung Malaysia, Tan Sri Zainal Rampak berkata, ini kerana pengumuman kenaikan yang dibuat suruhanjaya berkenaan semalam didapati tidak mengambil kira kepentingan pengguna dan rakyat berpendapatan rendah.

 

“Kebanyakan mereka berpendapatan rendah menggunakan kenderaan awam seperti teksi bajet, bas ekspres dan kereta api sebagai pengangkutan utama terutama dalam keadaan sosioekonomi negara yang tidak menentu pada masa ini.

 

“Dengan kenaikan ini juga, syarikat tidak boleh berdolak-dalik dalam melaksanakan gaji minimum dan juga membayar gaji yang berpatutan selaras dengan kenaikan kos sara hidup dalam negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.