PRK Chempaka: Cuaca Diramal Cerah Pada Hari Pengundian Esok

KOTA BHARU – Cuaca di sekitar Kota Bharu pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka esok diramal cerah sepanjang hari.

 

Menurut laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia www.met.gov.my/, suhu minimum dijangka 23 darjah Celsius manakala suhu maksimum pula adalah 32 darjah Celsius.

 

Sejumlah 20,390 orang pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka pada pengundian esok.

 

PRK DUN Chempaka menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon PAS dan empat calon Bebas.

 

PAS diwakili Ketua Urusan Ulama PAS DUN Chempaka, Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad, 42.

 

Empat calon Bebas terdiri daripada bekas pensyarah Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48; bekas Naib Presiden PERKASA Kelantan, Sharif Mahmood, 59; Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang, Fadzillah Hussin, 55; dan pesara Kementerian Kesihatan Aslah Mamat, 64. – BERNAMA/BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.