PM Paling Banyak Dengar Pandangan Rakyat Sabah – Rahman Dahlan

Kuala Lumpur – Setiausaha Barisan Nasional Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sebagai antara perdana menteri paling banyak mendengar pandangan rakyat di negeri ini.

 

Beliau berkata Najib tidak pernah angkuh dengan kedudukannya, sebaliknya sedia mendengar untuk menjawab serta cuba memahami suara rungutan rakyat.

 

“Perdana menteri tidak menunjukkan reaksi kemarahan atau menengking apabila mendengar rungutan rakyat menerusi pemimpin di Sabah, malahan beliau mendengarnya dengan tenang dan sabar,” kata Rahman menerusi Twitter hari ini.

 

Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata Najib perlu terus disokong rakyat Sabah kerana beliau merupakan pemimpin yang sederhana namun amat berwawasan.

 

rahman dahlan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.