Penganjur Kempen #KibarMY Di Dakwa Menipu Pengguna

Kuala Lumpur – Pengguna media sosial Twitter mendakwa penganjur #KibarMY menipu apabila sehingga kini gagal memberikan sebarang maklumbalas berhubung kempen yang dijalankan sebelum ini.

 

Tinjauan SuaraTV mendapati, rata-rata pengguna akaun Twitter melahirkan rasa tidak puas hati dan marah dengan tindakan pengajur yng enggan menjawab semua persoalan yang dibangkitkan.

 

Berikut adalah antara status yang dimuatnaikkan berhubung isu tersebut:

 

Hermy ‏@HermyRahim : #KibarMY @_pedoq @fidonasir @sidchan @AlepHazwan tak sangka sampai keluar drama di RTM.

 

lalin. ‏@AlinZahar Mar 19  : Dah dapat duit #KibarMY boleh la slow2 contact Alin untuk #PakejPerhentian2015 ok!

 

Sic D. Falluffy ‏@sicfallacy : Legalize ganja, ganja for life – Mana bayaran kami #KibarMY – @Khairykj rasuah, KJ rasuah, KJ rasuah – Deli shop buat @rafiziramli

 

Lengloy ‏@PR7YY Mar 18  : @_pedoq @NadiaAzlan Pedoq pun kena tipu #KibarMY ke?Laaa,tweetfemes handalan mcm Pedoq pun kena?Mintak2 la KJ tak terlibat soal bayaran

 

Nuha Najwa ‏@NuhaNajwa Mar 17  : Apa cerita #KibarMY ni? Okay bagi I hadiah cepat! I layak dapat hadiah okay! Kahkah.

 

Bukan Tokey Sarkis™ ‏@farhanzahari Mar 17  : Dah masuk Ogos ke? Banyak pulak #KibarMY kat TL.

 

MockingTed ‏@WantedWatanabe Mar 17  : Sbnrnye ape yg korang xtau ialah diorang da dpt new job utk #kibarMY sbb tu la timeline penuh psl #kibarMY skrg ni..korang ape tau. #Halus

 

yezzin ‏@syed_yasin Mar 17  : Twitpemes tertipu tertipu tipu twitpemes #KibarMY

 

fidobear ‏@fidonasir Mar 17  : #KibarMY RT @AlifKhandi: Sebelum tidur, maafkan mereka yang telah melukai hati kita.

 

Muzzamalaysia ‏@fem_muzzammil Mar 17  : Dgr crita #KibarMY tak bayaq kawan saya @_pedoq .macam perangai org umno,time pilihanraya pasang bendera tak bayaq

 

Mohd Aidil Mansor ‏@maidilm Mar 17  : #KibarMY ni contest yg letak sticker bendera Malaysia kat kereta plg kreatif tu ke?

 

Pujaludin ‏@PujalAkhlaken Mar 17  : Kesian bebudak tweetfemes x dpt payment #kibarMY….

 

Harris Kurniawan ‏@kicap__ Mar 17  : Ramai jugak yang kena kencing dengan kempen #KibarMY

 

F E R ‏@ferfarfer Mar 17  : Nasib baik aku tak terus beli kereta semata-mata nak join contest #KibarMY lepastu pemenang dia tak umum…. Ramai jugak yang kena kencing dengan kempen #KibarMY

 

AK ‏@anipkelisa : Habis siapa yang menang pergi london tu?#KibarMY

 

Menurut maklumat laman web rasmi kempen tersebut, program yang diadakan itu merupakan anjuran Pertubuhan Patriotik Kibar Malaysia yang beralamat di KL Sentral, di ibukota.

 

“Kibar Malaysia (#KibarMY)  adalah sebuah kempen nasional yang bertujuan menaikkan lagi semangat patriotik rakyat Malaysia. Kempen ini dijalankan sempena Hari Kemerdekaan iaitu sepanjang bulan Ogos dan September setiap tahun.

 

“Tanpa mengira latar belakang, kempen Kibar Malaysia mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama mempamerkan bendera Jalur Gemilang di kenderaan masing-masing sebagai tanda cintakan tanah air dan perpaduan sejagat” memetik kenyataan tersebut.

 

SuaraTV cuba menghubungi penganjur berdasarkan nombor telefon di laman web tersebut bagi mendapatkan maklumbalas namun gagal apabila talian yang digunakan tidak aktif.

 

Salah seorang pegawai di pejabat Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika dihubungi turut mengesahkan kempen yang dijalankan itu namun enggan mengulas lanjut.

 

Menurutnya yang enggan mendedahkan identitnya itu, program tersebut merupakan kempen dibawah kendalian Jabatan Penerangan Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.