Jurutera Malaysia Dijel 30 Tahun Kerana Cabul 31 Lelaki

SINGAPURA – Seorang jurutera berusia 31 tahun dari Malaysia dikenakan hukuman penjara 30 tahun dan 24 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas mengaku bersalah mencabuli 31 mangsa berusia 11 dan 15 tahun antara November 2009 dan Jun 2012.

 

Menurut laporan Channel News Asia (CNA), Hakim Woo Bih Li menyifatkan kes itu sebagai jenayah seksual paling teruk terhadap kanak-kanak lelaki.

 

Laporan stesen televisyen tempatan itu menyebut tertuduh Yap Weng Wah, yang bekerja di negara ini sejak 2009, melakukan kesalahan itu selepas berkawan dengan mangsa di laman sosial Facebook.- KOSMO!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.