FIFA Tetapkan Mei 2017 Pilih Tuan Rumah Piala Dunia 2026

Zurich – Meskipun belum mencapai kata sepakat bagi tarikh sepak mula untuk Piala Dunia 2022 di Qatar, FIFA telah pun memulakan pencarian tuan rumah untuk Piala Dunia bagi tahun 2026.

 

FIFA meletakkan pembida jangkaan sebagai Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat pada notis dengan menetapkan Mei 2017 sebagai sasaran untuk memilih tuan rumah kejohanan, selepas 32 tahun AS menjadi tuan tumah untuk kejohanan bola sepak terbesar dunia itu.

 

“Tiga puluh dua tahun adalah masa yang panjang,” kata Presiden Rantau Amerika Utara kepada AP.

 

“Saya percaya sudah tiba masanya untuk CONCACAF.”

 

Jadual waktu telah diluluskan oleh jawatankuasa eksekutif FIFA sehari selepas kumpulan yang sama membuat perlawanan akhir 2022 akan diadakan pada 18 Disember – hari kebangsaan Qatar.

 

Namun, tarikh untuk sepak mula masih belum dipersetujui.

 

Dalam pada itu, dengan penganjuran kontroversi daripada Qatar yang tidak dapat dielakkan, FIFA cuba beralih untuk Piala Dunia yang seterusnya secepat mungkin.

 

“Kami fikir ia harus diadakan pada bulan Jun-Julai 2026,” kata Setiausaha Agung FIFA, Jerome Valcke.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.