‘Bukan Tolak Hukum Allah’ – Pemimpin PKR

SEREMBAN –“Secara peribadi saya tidak menentang hudud, tapi saya juga menyokong apa diputuskan oleh pimpinan tertinggi parti.”

 

Demikian pendirian Pengerusi PKR negeri, Aminuddin Harun berhubung pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan atau hukum hudud di Kelantan.

 

Menurutnya, pihaknya percaya apa sahaja keputusan yang dibuat oleh parti itu telah pun melalui proses perbincangan secara menyeluruh dengan mengambil kira pelbagai aspek.

 

“Ini bukan bermaksud PKR tolak ketetapan hukum ALLAH SWT. Tapi semuanya telah dibincangkan dan kita pun ada pakar agama di dalam parti, semestinya pandangan mereka turut diambil.

 

“Keputusan tidak bersetuju berhubung hukum hudud di Kelantan bukan dibuat sambil lewa, tapi telah dikaji termasuk mengambil pandangan negara yang melaksanakan hukum itu,” katanya.

 

Ketika ditanya adakah ketidaksepakatan berhubung pelaksanaan hukum hudud itu bakal mengundang perpecahan di dalam PR, Aminuddi berkata, ia tidak akan terjadi kerana banyak perkara mereka berjaya mencapai kata sepakat.

 

Namun katanya, memandangkan isu hudud telah pun mencapai persetujuan bersama dalam PR, ia sepatutnya tidak lagi dijadikan isu.

 

“Sebagai seorang beragama Islam, kita yakin dan percaya hukum hudud, tapi sebenarnya banyak lagi perkara yang perlu diperbetulkan dan diperjuangkan terutamanya mengenai pemahaman tentang Islam.

 

“Lagipun melaksanakan hudud bukan perkara mudah.

 

Kita tidak mahu bila dilaksanakan nanti, takut tiba-tiba ditarik balik,” katanya. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.