Tuduhan rasuah sejak PN dalam kerajaan- Isham ingatkan Wan Saiful

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tuduhan pendakwaan rasuah Jana Wibawa berlaku sewaktu Perikatan Nasional (PN) masih dalam kerajaan sebelum ini.

Ketua Penerangan Umno, Isham Jalil mengingatkan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan bahawa Kerajaan Perpaduan baru sahaja ditubuhkan tiga bulan lalu.

“Wan Saiful, kerajaan ini baru sahaja ditubuh tiga bulan lepas. Tapi kes tuduhan kamu sakau duit itu berlaku sudah lama semasa PN dalam kerajaan dulu, sekarang kamu kena jawab dan bertanggungjawab.

“Saya lihat yang cuba alih perhatian dan menyalahkan orang lain adalah kamu dan rakan-rakan.

“Retorik tidak akan menyelamatkan kamu kali ini. Siapa yang ambil rasuah perlu jawab di mahkamah di dunia ini dan di hadapan Allah SWT di akhirat kelak. Bertaubatlah,” seru Isham dalam hantaran di Facebooknya pada Selasa.

Terdahulu, Wan Saiful mendakwa dua pertuduhan rasuah dihadapinya adalah cubaan kerajaan untuk mengalihkan perhatian daripada kegagalan mengeluarkan idea baharu.

Beliau berkata, kerajaan mewujudkan pertuduhan kes yang tidak sepatutnya untuk menutup kegagalan mereka menyelesaikan isu rakyat.

Wan Saiful turut kesal dengan pendakwaan yang dikenakan kepada beliau kerana kerajaan sepatutnya kerajaan memfokuskan isu rakyat termasuk pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang disuarakan oleh rakyat.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat