Manipulasi Hukum Agama Ikut Selera Politik- Zahid Bidas Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menempelak Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memanipulasi hukum agama mengikut selera politik.

Presiden UMNO itu mendakwa mungkin Muhyiddin terlalu tertekan sehingga terlupa jawatannya di bawah kerajaan yang dibentuk bersama beberapa Ahli Parlimen UMNO.

“Maka memang wajarlah nasihat saya sebelum ini janganlah ada pihak memanipulasi hukum agama mengikut selera politik.

“Agama tidak boleh dipisahkan daripada politik, tetapi mereka-reka dalil palsu untuk agenda politik apakah hukumnya?

“Seingat saya ini adalah dalil rekaan beliau yang seterusnya selepas mengeluarkan dalil PAS parti ajaran sesat,” bidas Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Tambah Zahid selepas “hijack” Muafakat Nasional (MN) dan mengumpan pimpinan PAS kini membuat dalil meninggalkan UMNO suatu ibadah.

“Barangkali beliau terlupa untuk melakukan ibadah yang beliau dalilkan dengan meninggalkan jawatannya.

“Atau sebenarnya beliau lebih takut akan tertekan butang berbanding menunaikan ibadahnya itu,” kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu lagi.

BN berpolitik tentang dasar, polisi dan hala tuju terbaik untuk negara demi menjamin kestabilan dan kesejahteraan hidup rakyat,” ujar Zahid.

“InsyaAllah kita yakin umat Islam Malaysia khususnya di Johor tidak akan terpengaruh dengan dalil beliau.

“Kita terus terus hidup sentosa sesama kita meskipun berbeza ideologi politik. Kita tolak fahaman pelampau politik.

“Kita terus terus hidup sentosa sesama kita meskipun berbeza ideologi politik. Kita tolak fahaman pelampau politik,” ujar Zahid.

Terdahulu Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) menyeru ahli-ahli UMNO meninggalkan parti itu kerana tindakan tersebut adalah satu ibadah.

Ini kerana, Muhyiddin menyifatkan langkah itu adalah satu perbuatan yang meninggalkan kemungkaran dan menegakkan kebenaran.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob