Undi Tak Percaya Di Parlimen, Saya Tunggu PAS Sokong Ke Tidak Saya – Dr Mahathir

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad seolah-olah tidak yakin dengan komitmen Pas yang mendakwa akan menyokong kepimpinannya sekira berlaku undi tidak percaya kepadanya kelak.

Sebaliknya, Perdana Menteri hanya mengatakan dirinya akan melihat sendiri apa yang akan berlaku sekiranya usul tidak percaya dilakukan terhadapnya nanti.

“Saya tunggulah, jika ada undi tidak percaya ke atas saya, masa itu saya akan tengok jika Pas sokong saya atau tidak,” katanya ringkas kepada wartawan selepas mengadakan lawatan kali pertama ke Kementerian Pertahanan di Jalan Padang Tembak hari ini.

Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan mengulas kenyataan Pas untuk memberi sokongan kepadanya semasa pertemuannya yang dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Jumaat lalu.

Malah kata Pas, sokongan akan diberikan pada Mahathir hanya melibatkan undi tidak percaya di Parlimen dan bukan menarik kerjasama dengan UMNO dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih.

Pas juga menafikan dakwaan sokongan kepada Perdana Menteri sebenarnya dibuat kerana mahu mengalih perhatian terhadap siasatan isu dana RM90 juta.

Selepas itu, Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) pula membuat kenyataan Pas tidak akan menyokong UMNO dalam PRK Semenyih berdasarkan pertemuannya dengan Hadi Awang JUmaat lalu.

Katanya, beliau juga mempunyai pengakuan secara bertulis kononnya Pas tidak akan menyokong UMNO. –MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.