Pihak Tak Bertanggungjawab Letak Patung Berhala Di Surau Sabilul Huda

PELABUHAN KLANG — Sebuah patung berhala ditemui berhampiran pintu masuk Surau Sabilul Huda di Taman Pendamar Indah dekat sini semalam.

Siak Mohd Yatim Omar, 64, berkata patung itu tidak ada ketika jemaah solat Zuhur pulang, lapor Berita Harian.

“Namun, apabila saya datang datang surau buat persiapan solat Asar ada patung berhala yang diletakkan di situ,” katanya.

“Saya sangat terkejut dan tidak tahu apa motif mahupun mana-mana individu yang meletakkan patung tersebut”.

Beliau berkata penduduk enggan memperbesar perkara itu tetapi menyifatkan perbuatan tersebut mencemar surau dan tidak menghormati masyarakat Islam di situ.

“Kami kecewa dan terguris dengan kejadian ini seperti ini yang seolah-olah menghina agama Islam serta menggesa dalang di sebalik kejadian itu tampil meminta maaf,” katanya.

Mohd Yatim berkata pengurusan surau membuat laporan polis di balai polis Pandamaran, Klang Selatan awal pagi tadi. Surau berkenaan tiada CCTV. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.