Jumlah Kakitangan Awam Perlu Dikurangkan – Dr Mahathir

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir berpendapat jumlah penjawat awam yang dimiliki kerajaan ketika ini adalah terlalu besar dan perlu dikurangkan.

Perdana Menteri memberitahu jumlah terkini penjawat awam adalah seramai 1.7 juta dan telah meningkat dengan mendadak sejak beliau meninggalkan pentadbiran negara pada tahun 2003.

“Apabila saya letak jawatan (2003) jumlah anggota pentadbiran hanya satu juta sahaja sekarang sudah meningkat kepada 1.7 juta, peningkatan sebanyak 700,000 lagi.

“Saya berpendapat bahawa saiz pentadbiran kita itu terlalu besar, sebaliknya dengan menggunakan teknologi maklumat, komputer dan sebagainya kita boleh kurangkan saiz ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab ketika mengadakan lawatan ke Kementerian Pertahanan di sini hari ini. – UTUSAN

Berita Berkaitan;-

Siapa Mukhriz Sesuka Hati Ugut Nak Pecat Kakitangan Awam?

Najib, Pak Lah Naikkan Gaji Kakitangan Awam Punca Kenaikan Kos Sara Hidup, Kata Dr Mahathir

Harap Penjawat Awam Tidak Dibuang

Pemberhentian Kerja Penjawat Awam Bertentangan Manifesto PH

BN Jaga Penjawat Awam, PH Mahu Buang Penjawat Awam

Selepas Mahu Pecat Penjawat Awam, Mahathir Perlekeh Polis & Tentera Pula

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.