PM Tenang Saja, Netizen Terlajak `Teruja’ Dengan Tarikh PRU

Dengan bahang pilihan raya umum ke-14 (PRU 14) semakin hampir, banyak mesej-mesej palsu telah disebarkan di media sosial, semata-mata mahu mengelirukan orang ramai.

Jika sebelum ini disebarkan tarikh pilihan raya dan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama beberapa pimpinan tertinggi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, kononnya untuk pembubaran Parlimen, kini timbul lagi perkara sama.

Kali ini gambar kononnya Najib akan membuat `pengumuman khas’ hari ini. Ia menjadikan netizen teruja dan mula menyebarkannya dalam aplikasi whatasapp.


Sebenarnya ia merupakan visual milik Astro Awani pada 2013 yang telah disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Melihat kepada keadaan ini, nampaknya orang ramai sudah tidak sabar dengan pilihan raya dan menunggu pengumuman daripada Perdana Menteri sedangkan beliau sendiri masih tenang dan sibuk  menjalankan tugasnya mentadbir negara .

Sebelum ini pun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah meminta supaya orang ramai berhenti melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab menyebarkan tarikh pembubaran Parlimen dan hari mengundi PRU-14 menerusi media sosial.

Ini kerana urusan pilihan raya adalah sensitif dan tindakan menyebarkan maklumat berkenaan hal-hal berkaitan pilihan raya seperti penamaan calon dan pembubaran Parlimen di media sosial, tidak seharusnya berlaku.

Ia hanya menyebabkan kegusaran ramai terutama mereka yang mempunyai perancangan seperti mahu mengerjakan umrah atau mengadakan majlis perkahwinan. Jadi mereka yang sengaja menyebarkan berita palsu ini adalah mereka yang inginkan populariti.

Kesimpulannya, bersabarlah menanti waktunya. Tidak perlu mendahului Perdana Menteri dalam menentukan bilakah pilihan raya akan diadakan.

Jika ahli politik yang teruja dengan tarikh pilihan raya, itu perkara biasa namun masalahnya, netizen yang beria-sia walaupun ada antara mereka yang tidak mendaftar sebagai pengundi dengan SPR.

Sehingga 16 Januari lalu, seramai 3.7 juta rakyat Malaysia masih belum mendaftar dengan SPR.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.