Minum Darah Tedung, Bertahan Hidup Di Hutan

THAILAND – Sekumpulan tentera mendakwa dapat bertahan hidup di hutan hanya dengan meminum darah ular tedung.

Beberapa keping gambar dikongsikan dari latihan terbabit.

Dalam gambar itu kelihatan tentera yang berasal dari Thailand, Korea Selatan dan Amerika Syarikat ini menikmati darah ular tersebut.

Difahamkan, tangkapan gambar ini diambil apabila seorang tentera mengeluarkan darah dari ular semasa latihan bersama Cobra Gold antara tentera AS dan Thailand di Chonburi, Thailand pada 19/2/2018.

Dalam latihan ini mereka meneruskan kelangsungan hidup semasa di hutan.

Mereka diajar untuk makan binatang reptilia seperti ular, binatang hutan dan serangga untuk bertahan di hutan.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.