Lelaki Amuk Tayar Kereta Dikunci

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ‘naik angin’ apabila mendapati tayar keretanya dikunci petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) lalu memanjat kenderaan itu dan mengamuk dalam kejadian di Jalan Pudu di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11 pagi, lelaki berusia lingkungan 30-an itu memandu Proton Perdana dan meletakkan kenderaannya di depan sebuah bank.

Bagaimanapun, tayar kereta itu dikunci petugas DBKL kerana ia diparkir di kawasan larangan.

Menyedari kenderaan itu dikapit, lelaki berkenaan mengamuk sebelum memanjat bonet depan keretanya sambil menjerit.

Video lelaki berkenaan mengamuk berdurasi 0.41 saat itu tular di laman sosial, semalam.

Difahamkan, lelaki berkenaan kemudian membayar denda sebelum keretanya ‘dilepaskan’ petugas DBKL. Gelagat lelaki itu mendapat perhatian orang ramai yang melalui jalan berkenaan, lapor Metro

Sementara itu, jurucakap DBKL ketika dihubungi, di sini, semalam, memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.

“Setakat ini tiada laporan dibuat berhubung kejadian dan kes dianggap selesai,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.