Isu Pemansuhan Tol Bakal Saksikan Perbalahan Besar Dalam Pakatan Harapan

Jika diamati kenyataan yang dibuat oleh pemimpin Pakatan Harapan (PH) dalam isu melibatkan manifesto mereka, ternyata terdapat banyak pertikaian sekali gus membuka kepada lebih banyak perbalahan sesama sendiri.

Sebagai contoh adalah mengenai pemansuhan tol. PH memberi janji bahawa tol akan dimansuhkan namun ia sebenarnya hanya janji semata-mata. Contohnya adalah Tol Sungai Nyior di Pulau Pinang.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum ini berjanji untuk memansuhkan tol berkenaan ketika kempen pada pilihan raya umum 2008 namun malangnya sehingga kini ia masih belum dilaksanakan.

Berbeza pula dengan pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang pernah menyatakan bahawa kadar tol lebuh raya di Malaysia masih murah, berbanding negara lain. Jelasnya bayaran tol perlu dikenakan bagi membolehkan lebuh raya diselenggara.

Melihat kepada kenyataan yang bercanggah ini, ia jelas membuktikan mereka tidak mempunyai kesepakatan dalam membuat manifesto.

Mengulas mengenai perkara ini, penganalisis politik, Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, kenyataan Mahathir itu sebenarnya merupakan satu tamparan terbuka kepada pemimpin PH yang telah memuat janji-janji keterlaluan sebelum ini.

Ia juga mencerminkan satu masalah besar yang dijangka berlaku jika PH berkuasa iaitu pertembungan di antara Mahathirisme dan aspirasi pemimpin PH yang lain.

“ Tun Dr Mahathir mungkin sahaja boleh berpura-pura untuk merombak kembali segala legasi beliau dengan kononnya berjanji untuk “melakukan reformasi institusi serta mewujudkan sebuah kerajaan yang mengamalkan urustadbir yang baik” seperti yang diumumkan oleh Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, pada 18 Februari 2018, tetapi yakinkah kita bahawa, seperti yang ditanyakan oleh Tengku Razaleigh Hamzah pada 27 Januari 2018, “do you think leopard will change its spots?”

“Pengenaan tol adalah salah satu legasi Tun Dr Mahathir dan salah satu komponen Mahathirisme, dan jika di dalam isu seperti pengenaan tol ini pun Tun Dr Mahathir masih bertegas mempertahankan legasi beliau, apa jaminan beliau tidak akan mempertahankan komponen-komponen lebih penting Mahathirisme jika Pakatan Harapan berkuasa,” demikian soal Dr. Kamarul dalam tulisannya di Facebook.

Berbeza dengan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) malah dalam Bajet 2018, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju memansuh tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor, di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Eastern Dispersal Link, Johor.

Pemansuhan tol itu adalah bukti bahawa kerajaan menunaikan janji, bukannya omong kosong seperti pembangkang yang berjanji menghapuskan tol sejak 2008 tetapi hingga ke hari ini tol itu masih berdiri tegak lagi.

Ia hanya satu janji populis mereka kepada rakyat dan ia tidak mungkin dapat dilaksanakan memandangkan mereka tidak mempunyai perancangan yang kukuh untuk melakukannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.