Harga RON95, RON97 dan Diesel Turun

KUALA LUMPUR – Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 turun enam sen kepada RM2.17 seliter manakala harga petrol RON97 turun tujuh sen kepada RM2.43 seliter bermula tengah malam ini hingga 28 Feb.

Harga runcit diesel pula turun enam sen kepada RM2.13 seliter, demikian menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di laman sesawangnya hari ini.

Bagi minggu sebelum ini iaitu dari 15 hingga 21 Feb, harga runcit mingguan RON95 ialah RM2.23 seliter, RON97 (RM2.50 seliter) dan diesel (RM2.19 seliter). – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.