Debar Macam Kali Pertama…

PELAKON Dynas Mokhtar mengesahkan bakal bernikah dengan tunangnya yang juga ahli perniagaan ‘tauke ayam’, Shazrik Din, 36 pada 21 April ini.

Dynas atau Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 35, berkata dia tetap berasa gementar untuk melangsungkan pernikahan kali kedua selepas bercerai empat tahun lalu.

“Alhamdulillah, segala yang dirancang bakal berlangsung tidak lama lagi. Selepas tiga tahun berkawan, kami sepakat untuk ke fasa lebih serius.

“Walaupun ia bakal perkahwinan kedua saya, tetapi tetap berasa gementar. Saya berasa seperti baru kali pertama nak berkahwin. Sama macam tunang juga dia antara yang paling risau sebab ini pengalaman pertamanya.

“Apa saya boleh katakan, perasaan bercampur baur iaitu teruja dan gembira. Saya berharap segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan,” katanya kepada Harian Metro.

Dynas berkata, majlis bertandang akan diadakan pada 28 April dan satu lagi majlis resepsi membabitkan kedua pihak bakal berlangsung pada 5 Mei.

Dalam perkembangan lain, Dynas turut memperkenalkan kerjaya barunya sebagai Pegawai Pemasaran restoran 4Play Seafood & Co yang terletak di Publika, Kuala Lumpur.

Menurut Dynas, itu adalah kerjaya pertama yang dibayar sebagai pekerja.-Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.