Bapa Dapat 13 Anak Sekaligus

MAHKAMAH di Bangkok memberi hak penjagaan kepada seorang lelaki Jepun selaku bapa tunggal kepada 13 kanak kanak dilahirkan menggunakan ibu tumpang.

Keputusan membolehkannya mendapat hak penjagaan penuh kanak-kanak terbabit.

Mahkamah Juvana Bangkok, semalam memutuskan Mitsutoki Shigeta sebagai bapa biologi sah kepada kanak kanak dilahirkan menerusi ibu tumpang.

Malah, Shigeta sudah menyediakan jururawat serta penjaga yang sesuai bagi membantu menjaga serta membesarkan mereka di Jepun.

“Demi kebahagiaan dan masa depan 13 kanak-kanak itu, mahkamah memutuskan semua anak dilahirkan melalui ibu tumpang itu sebagai zuriat sah plaintif,” kata mahkamah dalam keputusan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.