Video : Waris Jong Nam Belum Tampil Beri DNA

 

Waris mendiang King Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Jong-un, masih belum tampil memberikan sampel DNA untuk pengesahan identiti dan proses menuntut mayat.

 

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya tiada DNA keluarga dan rekod kesihatan mangsa.

“Analisis bedah siasat belum selesai. Pada masa ini, kita tidak ada DNA keluarga dan rekod kesihatan, kami masih menunggu kedutaan,” katanya pada sidang media di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

 

Semalam, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) menjadi tumpuan media selepas anak Jong-nam, Han-sol, 21, dikatakan akan tiba ke Malaysia bagi menguruskan mayat ayahnya.

 

Han-sol didakwa berlepas dari Macau untuk membantu pengesahan identiti mangsa. Bagaimanapun, media yang berkampung di situ gagal mengecam atau mengesahkan ketibaan Han-Sol.-SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.