Video : Wanita Hamil Mati Ditembak Dari Jarak Dekat

GEORGETOWN – Seorang wanita mengandung maut selepas ditembak dari jarak dekat dalam kejadian di Jalan Bukit Gambir berdekatan Taman Pekaka di sini, petang tadi.

 

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa berusia lingkungan 30-an memandu kereta jenis BMW sebelum kenderaannya dikatakan dihampiri seorang lelaki yang menunggang motosikal, lapor BH.

 

Menurut saksi kejadian, penunggang motosikal terbabit mengambil kesempatan keadaan trafik sesak untuk berhenti di sebelah kenderaan mangsa sebelum melepaskan sekurang-kurangnya 10 das tembakan ke arah pemandu itu.

 

 

Akibatnya, kenderaan mangsa terbabas ke Lorong Pekaka 9 dan melanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) diletak di tepi jalan berkenaan sebelum merempuh pagar kediaman penduduk.

 

 

Ketika ini, pegawai polis dan anggota Unit Forensik masih berada di lokasi kejadian bagi menyiasat kejadian berkenaan,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.