Video: Tak Fasih Inggeris, Pemain Pool Jawab Temu Ramah Dengan Lagu ‘Pineapple Pen’

TIDAK mampu berbahasa Inggeris, namun seorang pemain pool dari Jepun berjaya memberikan satu temuramah yang menghiburkan untuk ditonton.

 

Naoyuki Oi nyata mempunyai cara tersendiri ketika ditemuramah selepas menang ke atas pemain dari China, Cheng Yu Hsuan, dalam kejohanan World Pool Master di Gibraltar, hujung minggu lalu.

 

Oi yang ditemuramah oleh Sky Sports, ditanya tentang kemenangannya dan menjawab, “Nama saya Naoyuki Oi. Tahniah kepada saya!”

 

 

Dia kemudiannya meneruskan temuramah dengan beberapa rangkap dari lagu Pineapple Pen yang popular tahun lalu.

 

Dan apabila ditanya jika dia mampu memenangi kejohanan itu, Oi dalam nada selamba menjawab, “Tak ada masalah”.

 

Oi bagaimanapun tewas di peringkat suku akhir, namun kekalahan itu tidak menjejaskan karakternya dan mampu memberikan satu lagi temuramah yang menarik. – Awani

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.