Video : Kanak-Kanak Disuap Cacing Jadi Tular

KUALA LUMPUR – Video seorang kanak-kanak diberikan makan cacing tanpa rasa belas kasihan menjadi tular di media sosial sejak semalam.

 

Bagaimanapun, tidak diketahui bila dan dimana kejadian itu berlaku.

 

Video yang berdurasi 00:53 saat itu memperlihatkan tangan seorang wanita menyuapkan cacing ke mulut kanak-kanak terbabit.

 

Menerusi video itu turut kedengaran dialog bahasa asing yang cuba dituturkan wanita itu seraya nada memujuk kanak-kanak terbabit untuk makan cacing yang disuakan ke mulutnya.

 

Kanak-kanak yang tampak keletihan itu hanya makan tanpa dapat menunjukkan sebarang reaksi samada geli atau jengkel dengan suapan itu.

 

SuaraTV cuba mendapatkan maklumat terperinci berhubung video berkenaan.-SuaraTV

 

 

One thought on “Video : Kanak-Kanak Disuap Cacing Jadi Tular

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.