Pesawat Ringan Terhempas Di Pusat Beli Belah

SYDNEY – Pesawat ringan membawa lima individu terhempas di pusat beli belah berhampiran lapangan terbang di Melbourne, hari ini.

 

Jumlah kematian belum diketahui.

 

Menteri Polis Victoria, Lisa Neville berkata, lima individu berada di dalam pesawat terbabit yang dalam penerbangan carter ke Pulau King di Selat Bass antara Australia dan Tasmania.

 

“Kemalangan penuh tragedi berlaku di sini…. berkemungkinan menyebabkan kematian,” katanya kepada Sky News.

 

Rangkaian itu menyiarkan gambar asap daripada pusat beli belah berhampiran Lapangan Terbang Essendon, padang terbang kecil di sini serta anggota bomba memadamkan kebakaran bangkai pesawat.

 

Menurut polis, pesawat itu terhempas kira-kira 9 pagi tadi waktu tempatan (6 pagi waktu Malaysia) iaitu sejam sebelum pusat beli belah itu dibuka.

 

“Setakat ini, kami tidak mempunyai maklumat mengenai mangsa terkorban,” kata polis Victoria dalam satu kenyataan.

 

Sementara itu, jurucakap Airservices Australia berkata, penerbangan dari lapangan terbang utama Melbourne tidak terjejas. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.