Penggodam Iraq Tutup Laman Web Rasmi Trump

 

WASHINGTON – Seorang penggodam mendakwa berasal dari Iraq bertindak menggodam laman web rasmi Presiden Amerika Syarikat(AS), Donald Trump kelmarin seperti yang dilaporkan laman teknologi, Arstechnica.

 

Penggodam itu menggunakan nama samaran, Pro-Mast3r dan dilaporkan merosakkan laman web yang digunakan dalam kempen mengumpul dana Trump, secure2donaldjtrump.com.

 

Portal berita Ibtimes melaporkan, laman web rasmi itu kemudian mema­parkan gambar seorang lelaki memakai topi fedora berserta mesej me­nyatakan: “Digodam oleh Pro_Mast3r/ Penyerang Kerajaan/ Tiada yang mustahil/ Salam keamanan dari Iraq.”

 

Laman web itu masih tidak berfungsi setakat kelmarin.Identiti penggodam itu masih belum dikenal pasti. – Agensi/kosmo

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.