PAS Kesal Tindakan Husam Musa Kacau Majlis Ceramah

KOTA BHARU – Pemuda Pas Negeri, selaku penganjur ceramah ‘Husam Lari dari Debat Baiah’ kesal dengan tindakan provokasi yang berlaku ketika ceramah tersebut berlangsung di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam tadi.

 

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa, provokasi yang ditimbulkan sendiri Adun Salor, Datuk Husam Musa itu dilihat sebagai tindakan sangat tidak profesional.

 

“Kami amat kesal dengan tindakan provokasi yang berlaku kerana majlis ini sepatutnya berlangsung dengan aman, tiada sebarang gangguan namun dikejutkan dengan kehadiran pihak- pihak yang datang untuk buat kacau dan berucap.

 

“Sebagai penganjur, kami tidak boleh benarkan mana- mana individu di luar permit untuk berucap, jika dibenarkan juga, kami dianggap bersalah dari segi undang-undang.

 

“Sebab itu kami ambil keputusan untuk tidak benarkan mana-mana pihak berucap kecuali mereka yang telah kami pohon terdahulu. Secara peribadinya, saya tidak jangkalah seorang bekas pimpinan yang pernah ada dalam kerajaan bersikap tidak profesional seperti ini,” katanya kepada media selepas ceramah berkenaan.

 

Malam tadi ceramah “Husam Lari dari Debat Baiah” bertukar kecoh apabila Husam tiba-tiba muncul di lokasi itu dan duduk di atas pentas ceramah Pas.  – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.