Moral Zam Sangat Cetek Bila Orang Mati Dijadikan Mainan Politik

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin menunjukkan  moralnya yang sangat rendah apabila mempolitikkan isu kematian lapan orang  remaja di Johor Bahru, baru-baru ini.

 

Penganalisis politik Kapten (B) Kapten (B) Abdul Rahmat Tun Mohd Haniff berkata,  isu melibatkan kematian tidak wajar dijadikan bahan politik sungguhpun mempunyai  fahaman politik berbeza.

 

“Itu lah dia ni. Orang mati pun nak main politik. Pada saya tidak wajar kerana  perkara ini melibatkan kematian. Lapan orang remaja meninggal dunia dan ibu bapa  mereka masih lagi bersedih.

 

“Isu kematian ini tidak kira siapa sekalipun sungguhpun kematian itu daripada  pihak pembangkang sekalupun, tidak wajar ianya dipolitikkan.,” katanya kepada  Malaysian Digest.

 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tweet Zainuddin atau dikenali sebagai  Zam menyifatkan rempuhan kereta terhadap kumpulan remaja berbasikal yang  mengakibatkan lapan orang maut sebagai tragedi era pemerintahan Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

Walaupun tweet berkenaan mendapat reaksi negatif daripada pengguna laman mikro  berkenaan, Abdul Rahmat berkata, Zam tetap mempertahankan kenyataannya dan  menegaskan beliau hanya menyampaikan fakta.

 

“Apa yang dia cuba buktikan disini? Kalau nak burukkan orang jangan gunakan  kematian. Sepatutnya dia sebagai bekas Menteri Penerangan, dia sepatutnya boleh  memberikan penjelasan contohnya berhubung Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

 

Jelas beliau, sebagai seorang bekas wartawan dan bekas menteri, Zam sepatutnya  menjelaskan bahawa aspek kelalaian ibu bapa dalam banyak perkara turut  menyumbang kepada tragedi malang berkenaan.

 

“Bukan terhadap kes kematian ini sahaja, malah kita lihat sewaktu perhimpunan  BERSIH dan seumpamanya ada ibu bapa membawa anak-anak mereka sungguhpun terang- terang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman ada menyatakan jangan bawa kanak- kanak bawah umur.

 

“Tetapi setakat ini, pihak berkuasa tidak mengambil tindakan apa-apa. Dan kita  lihat perkara ini berulang. Perkara ini sama juga berlaku kepada budak-budak  main basikal ini. Perkara ini sudah lama berlarutan, sungguhpun polis sudah  tahan mereka dan hantar mereka pulang ke rumah, perkara ini masih berulang  lagi,” ujarnya.

 

Diminta untuk mengulas mengenai sikap kelantangan Zam sewaktu menggalas jawatan  menteri pada 2007 apabila beliau melampiaskan marahnya kepada wartawan Al- Jazeera berhubung himpunan Bersih 2.0, Abdul Rahmat menjelaskan kelantangan  bukanlah suatu kesalahan.

 

“Tetapi untuk menjadi lantang sewaktu beliau menyandang sesebuah jawatan tinggi  seperti menteri, apa jua kenyataan yang dikeluarkannya dianggap mewakili  pandangan ahli jemaah kabinet lain secara tidak langsung kerajaan Malaysia.

 

“Ini menunjukkan Zam tidak mempunyai falsafah sebagai seorang wartawan veteran  dan menteri kanan disamping menunjukkan beliau ini cetek pemikiran. Zam tidak  mempunyai ilmu yang cukup untuk menjadi seorang menteri,” tegasnya.

 

Pada 2007, Zainuddin ditemubual oleh wartawan al-Jazeera secara langsung yang  bertanyakan mengenai dakwaan pihak polis bertindak kasar terhadap peserta  demonstrasi Bersih.

 

Semasa temubual berkenaan, Zam tidak dapat mengawal perasaan marahnya dan  menggunakan nada tinggi melampiaskan perasaan berangnya dalam temubual  berkenaan.

 

Berhubung kritikan Zainuddin terhadap Najib, Abdul Rahmat menasihati agar ahli  UMNO itu menggunakan saluran tepat untuk menyampaikan rasa tidak puas hatinya  terhadap pemimpin sepertimana yang terkandung didalam perlembagaai parti.

 

“Kritikan kalau membina okay. Tetapi Zam tidak mengkritik, Zam mengutuk. Dalam  Perlembagaan UMNO juga ada menyebut ahli tidak sepatutnya bercakap buruk  terhadap parti dan pemimpin.

 

“… Sama juga dalam prinsip demokrasi, jika tidak berpuas hati terhadap  kerajaan maka kita membuat pemilihan apabila tiba masanya pada pilihan raya  nanti untuk menukar kerajaan tersebut,” katanya lagi. – Malaysian Digest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.