KSU, Anak Dijangka Dituduh Esok

SHAH ALAM – Ketua Setiausaha Kementerian Luar Bandar dan Wilayah yang pernah ditahan dan disiasat oleh SPRM pada bulan lalu dijangka akan dituduh esok atas kesalahan bersubahat dengan anaknya dan meminta rasuah.

 

Sumber memberitahu, turut akan dituduh esok ialah anaknya yang berusia 35 tahun atas kesalahan meminta rasuah untuk dirinya dan ayahnya.

 

 
Kedua-duanya ditangkap hari ini dan dijangka akan dituduh di dua mahkamah esok iaitu di Mahkamah Jalan Duta dan Mahkamah Shah Alam.

 

KSU yang bergelar Datuk itu dan anaknya ditangkap kira-kira jam 10.30 pagi di pejabat SPRM Kedah.

 

Difahamkan KSU tersebut akan dituduh mengikut seksyen 16(a)(B) Akta SPRM manakala anak akan dituduh mengikut seksyen 16(a)(B) Akta SPRM dan seksyen 16(a)(A) Akta SPRM.

 

Sebelum ini, kedua-duanya pernah ditangkap dan disiasat SPRM kerana disyaki telah menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukan KSU tersebut bagi tujuan menerima rasuah sejak tahun 2010.

 

Mengikut siasatan yang dijalankan, KSU terbabit dipercayai telah menganugerahkan kontrak-kontrak kepada mereka yang berkepentingan sejak dilantik sebagai pegawai kerajaan negeri bermula tahun 2010.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.