Kes Jong-Nam: Siti Aisyah Gadis Desa Yang Lurus

JAKARTA – INDONESIA. Bekas bapa mertua Siti Aisyah, gadis yang didakwa mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan warga Korea Utara, Kim Jong-nam tidak menyangka kejadian tersebut menimpa ahli keluarganya.

 

Rahmat Yusri berkata, tidak sesiapa menyangka, Siti Aisyah akan terlibat dengan perbuatan itu memandangkan gadis itu seorang yang pendiam dan lurus.

 

Memetik laporan BBC Indonesia, Rahmat berkata, tangkapan itu bagaikan petir yang menyambar di siang hari.

 

 

Semua yang mengenal Siti Aisyah di kampung asalnya, Serang, Banten, dan di Tambora, Jakarta serta kediaman bekas mertuanya yang masih menjadi alamat rasminya, merasa terkejut.

 

“Kami semua terkejut. Aisyah itu lugu, sederhana. Dia berkelulusan sekolah menengah dan keluarganya juga hanya petani.

 

“Dia itu pendiam, penampilannya juga biasa. Bukan saya saja, malah seluruh warga di sini terkejut dia dituduh membunuh,” katanya.

 

Jelasnya, tidak ada yang boleh percaya Aisyah berbuat itu,” kata Rahmat.

 

Siti Aisyah ditahan susulan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, pada Isnin lepas.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.