Kedudukan Najib Semakin Kukuh – Bloomberg

Parti Barisan Nasional (BN) di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin kukuh, berdasarkan laporan daripada Bloomberg menerusi portalnya, www.bloomberg.com.

 

Bloomberg menyatakan berdasarkan keadaan terbabit, ia membayangkan pakatan bakal berdepan dengan cabaran getir untuk menewaskan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kelak. Ia termasuk kemenangan besar calon BN, Puan Sri Jamilah Anu pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu .

 

“Kemenangan itu merupakan khabar gembira untuk Najib ketika beliau sedang mempertimbangkan tarikh sesuai untuk mengadakan PRU-14,” lapor Bloomberg yang menyatakan ko­mitmen bekas Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem memperjuangkan isu-isu yang dekat dengan hati pengundi Sarawak, termasuk autonomi yang lebih besar bagi ne­geri itu telah melonjakkan soko­ngan terhadap BN.

 

Selain itu, pembangunan yang dijalankan oleh Najib telah memberikan pengaruh besar termasuk penyaluran bantuan kepada golongan miskin dan merangka pelbagai projek pembangunan, termasuk pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo dengan kos sebanyak RM28.9 bilion.

 

Mengenai pembangkang pula, Bloomberg memberikan contoh, perpecahan di kalangan pakatan pembangkang semakin memberikan kesan hinggakan mereka gagal mencapai permuafakatan

 

“Sejak Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan atas kesalahan meliwat dan sehingga kini, mereka masih gagal mencapai permuafakatan,” katanya.

 

Selain itu, isu yang selalu dimainkan oleh pembangkang iaitu 1MDB, tidak dapat mempengaruhi rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.