Izreen Tidak Tolak Bermadu

Selepas tiga tahun bergelar ibu tunggal, pelakon Izreen Azminda mengaku hatinya kini sudah terpaut pada seorang lelaki bujang yang dirahsiakan identitinya.

 

Izrin yang kini didakwa sedang hangat bercinta selepas tiga tahun bergelar ibu tunggal mengakui pintu hatinya kini kembali bertemu dengan seorang jejaka tersebut, setahun lalu.

 

“Memang pintu hati tertutup untuk bercinta ketika mula bercerai, tetapi selepas tiga tahun saya juga manusia normal dan wanita biasa. Kini, pintu hati sudah kembali terbuka, cuma selagi tiada kata putus, saya tidak akan menghebahkan hubungan itu.

 

“Sebabnya saya tidak mahu dikatakan syok sendiri tiba-tiba kata hendak kahwin, tetapi akhirnya perkahwinan itu tidak berlaku. Jika orang tahu saya bercinta, saya tidak kisah, cuma tidak mahu bercerita mengenainya. Jika hendak berkahwin kelak, barulah saya berkongsi dengan semu pihak,” ujarnya, petik Kosmo.

 

“Namun, dia bukan orang tua, sebab saya tidak suka lelaki tua. Usia kami hampir sama. Bagaimanapun saya tidak boleh berkata lebih, andai masa depan Allah beri jodoh dengan lelaki tua pula, kita tidak boleh menolak,” tutur Izreen sambil ketawa.

 

Biarpun telah berkenalan selama setahun, wanita berusia 32 tahun itu tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk hubungan tersebut berakhir di jenjang pelamin.

 

“Jika bukan dengan dia, tetapi dengan mana-mana lelaki lain andai sudah jodoh saya terima sebab perkahwinan adalah satu perjudian. Jika tidak berkahwin pun saya tidak mati dan masih menjalani hidup seperti biasa.

 

“Oleh itu, saya tidak mahu meletakkan sebarang harapan dan sasaran seperti berkahwin kali kedua mahu bahagia sampai akhir hayat atau tidak mahu lagi hidup susah. Suka atau tidak, kehidupan kita sentiasa ada dugaannya,” katanya.

 

Dalam pada itu, berbicara tentang lelaki, topik berkenaan menjadi semakin hangat apabila pelakon yang pernah popular dengan drama Tanggang Ayu itu mendedahkan dia tidak kisah tentang status calon bakal suaminya kelak sama ada bujang, duda mahupun suami orang.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.